Showing posts with label Kawan Dunia Akhirat. Show all posts
Showing posts with label Kawan Dunia Akhirat. Show all posts

Al-Fatihah Kepada Izzat Che Mat




Assalamualaikum :(( . Sedih :'(. Kesian Apek aku . k0rang tawu ? Adik kepde Penjaga Gol Terhandal kite nih .. telah khilgn adiknye pada tanggal 5 Disember 2011 atas sbb Demam Denggi . Sye dgn rse dukacitenye mengucpkn TAKZIAH yg trsgt-sgt kepade Apek serta ahli keluarganya . Aq harap Apek sabr dgn dugaan yg tlh diberikan kepadenye . Sabar ye Apek .!!! prcayelah ,stiap dugaan yg kite jalani dgn redha pstin akhirnye berbal0ii .dah dah ..jgn nangis2 ,jgn sdih2 . klaw kaw sedih aq p0n sedih . sbb aq syg kaw . heheheheeh...  you know , aq alwez ade tuk kaw . sbb aq kan peminat setia kaw !! . amacam ?? . kepada Allahyarham Izzat ,sm0ge roh anda dbrkati serta dirahmati Allah .

bace bawah ni --------->

AL-FATIHAH........
Adik kepada khairul fahmi @ apex meninggal dunia pada 5 disember pukul 11.15 pagi kerana demam denggi. Takziah diucapkan kepada Khairul Fahmi dan keluarga semoga kehilangan adik yang tersayang tidak mematahkan semangat beliau dalam arena bola sepak. Tidak dinafikan bahawa pada tahun ni merupakan tahun yang malang bagi khairul fahmi setelah dilanda pelbagai kontroversi. Menurut khairul fahmi:
“Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta.
“Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai,” kata Khairul Fahmi yang akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Rabu ini.

AL-FATIHAH BAGI YANG ISLAM , JIKA ANDA BUKAN ISLAM , SAYE MINTA KERJASAMA ANDA TUK DOAKAN ADIK IZZAT KITE MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING ... THANX !

selepas kebumi . kesian APEK :((
pakcik ngan makcik p0n saba :((

FAHMI CHE MAT much loving .


wahh ..kali nih hebat semangat aku baii# .. biaselah peminat fanatik Apek lah katekn ... ! mo0d aq terlbih 0ver sbb nk tulis psl dye nih .., mntg2 lah bru mng Pingat Emas Sukan SEA Bola Sepak ..., tr0s harum mekar name dye .,, tapi klaw aq lah kan .., kaw mng ke x mng ke ..kaw sntiase ade dlm hati aq !!! aww ,aww >..< , okee dah . ni ha .. aq nak cerita lah sikit tntg HERO MALAYA kite nih .., KHAIRUL FAHMI a.k.a Apek .kikikiki ....c0mel lah seyhh ..!! eh ..eh . suke kaw ,syaza !!


INTAN PAYUNGKU <3


KHAIRUL FAHMI CHE MAT

APEK

7 JANUARI 1989

22 TAHUN (mudelagibolengurat)

KOTA BHARU ,KELANTAN

1.70 m ( 5 KAKI 7 INCI )

60 kg

PENJAGA GOL

KELANTAN FA

19

HARIMAU MUDA

TEAM MALAYSIA B-23

SEKOLAH KEBANGSAAN TAPANG , KOTA BHARU

SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR ,JOHOR BHARU

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL (NATIONAL SPORT SCHOOL)

ANAK KE-4 DARI 5 BERADIK

 PERNAH BERSTATUS '' BERTUNANG '' SEKARANG X TAHU

GEMAR AKAN NARUTO 






SEJARAH INTAN PAYUNGKU <3



Fenomena Khairul Fahmi Che Mat mula melanda negara selepas persembahan cemerlang bintang muda dari Kelantan dalam Piala AFF Suzuki.Siapa sangka, dari pemain yang tidak dikenali dan dicemuh ekoran berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Khairul Fahmi berjaya merebut hati peminat bola sepak Malaysia dengan gaya dan persembahan mantap setiap kali diturunkan.

Percaya atau tidak, laman sosial Twitter menonjolkan keghairahan peminat untuk mencari siapa gerangan Khairul Fahmi Che Mat menyebabkan carian pemain ini melonjak dalam masa yang singkat malah halaman rasmi pemain ini di Facebook turut mencatatkan peningkatan 100 peminat hanya dalam seminit. Paling membanggakan, saham Khairul Fahmi mula meningkat dengan komen serta kata pujian dari segenap lapisan masyarakat termasuk penyokong dalam dan luar serta artis-artis tanahair.

Tetapi sedarkah, kejayaan yang diraih Khairul Fahmi tidak akan diperolehi pemain ini seandainya dia tidak sabar menanti peluang yang terhidang. Siapa kenal akan pemain yang telah dibuang dari skuad bawah 19 tahun Malaysia kembali ke Kelantan untuk menjadi penjaga gol piala Presiden sebelum dinaikkan pangkat kedalam skuad utama The Red Warriors.

Tahun 2010, bermula di belakang Halim Napi dan Syed Adney namundiletakkan dalam kesebelasan utama menentang T-Team sebelum terus dikekalkan di posisi itu sehingga penamat Piala Malaysia di Bukit Jalil. Nasib memihak kepada pemain muda ini dikala cemuhan dilemparkan kepadanya sewaktu mula diturunkan dalam kesebelasan utama Kelantan.

Dia tangkas menunjukkan belang ketika diturunkan seterusnya meletakkan Syed Adney di posisi simpanan selain membuatkan Halim Napi terus membulatkan tekad untuk bersara dari arena bola sepak tanahair. Sebelum itu, jasa Ismail Chaiwalit, jurulatih penjaga gol Kelantan turut tidak boleh dipertikaikan dengan kehadiran Khairul Fahmi di persada sukan negara.

Ismail tanpa jemu melatih Khairul Fahmi, memberi tunjuk ajar dan kata perangsang buat pemain muda ini untuk muncul antara penjaga gol terbaik setakat ini. Bukan jurulatih kebangsaan, tetapi jurulatih tiada nama dari Kelantan yang mengasah bakat Khairul Fahmi untuk menjadi pemain terakhir diatas padang mempertahankan gawang dari dibolosi penyerang lawan.Tahniah kepada Apek dan Ismail Chaiwalit dengan usaha dan kesabaran anda berdua, hasil yang didapati sangat berbaloi-baloi kepada pasukan bola sepak Kelantan dan Malaysia khususnya.





PENGLIBATAN INTAN PAYUNGKU <3

  •  Mewakili Malaysia B-23 buat kali pertama dalam bola sepak ketika Asian Games 2010 yang diadakan di Guangzhou, Guangdong, China dari 7-25 November 2010
  •   Sekali lagi dipanggil untuk mewakili Malaysia oleh K.Rajagopal dalam AFF Suzuki Cup 2010 (dahulunya dikenali dengan nama Tiger Cup)
  •   Khairul Fahmi berjaya mengekalkan perlawanan tanpa bolos (cleansheet) ketika bertemu dengan Thailand (0-0)
  •  Khairul Fahmi juga berjaya mengekalkan perlawanan tanpa bolos (cleansheet) ketika bertemu dengan Vietnam dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir (First Leg: 2-0 | Second Leg 0-0)
  • Khairul Fahmi sekali lagi beraksi cemerlang dalam perlawanan akhir pertama bertemu Indonesia yang berakhir dengan Malaysia menang 3-0. Sekali lagi cleansheet daripada beliau
  • Dalam perlawanan akhir kedua yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia, Khairul Fahmi menjadi wira negara kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti daripada pemain Indonesia sekaligus menjadi pemangkin “moral up” kepada rakan-rakannya yang lain dan menjurus kepada gol di tempat lawan oleh rembatan kencang penyerang jadian Mokhtar Dahari, Safee Sali
  • Kini ,Khairul Fahmi telah menyelamatkan sepakan penalti oleh Indonesia dengan begitu cepat dan tangkas seterusnya memenangi pingat emas bagi Sukan SEA di Jakarta,Indonesia tahun 2011.




PENCAPAIAN INTAN PAYUNGKU <3


  •  Sebahagian daripada pasukan Kelantan yang memenangi Piala Malaysia 2010
  •  Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik ketika Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010 yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya pada awal bulan November 2010



PERIBADI INTAN PAYUNGKU <3


 Khairul Fahmi walau bagaimanapun sudah mempunyai kekasih hati yang bernama Aimie Harmelia atau lebih dikenali dengan Elia
Mereka juga sudah bertunang ~~ tetapi akhirnye berlaku keretakan yang puncanya hanya diketahui oleh Apek ,Elia dan Tuhan sahaja .Siapelah kite untuk berkata tentang soal yang kite sendiri tidak pasti .
Elia banyak menceritakan kisah percintaan mereka berdua di dalam blognya, http://jejariruncing.blogspot.com dengan siri “How I met your Incik Apex” 


p/s # kak elia tabahkan hati and jiwa . Inshaallah boleh dapat jodoh yg lbih baik dri si Apek nih n mungkin lagi hensem ##


AKSI-AKSI INTAN PAYUNGKU <3








Sekian <3 Salam Intan Payung buat anda ~
Segala Yang DiAtas HakMilik TuanTanah Bel0g.Much Love Apek